Perkhemahan atau Mukhayyam yang cukup menggamit seribu memori sepanjang perkhemahan berlangsung dari 1 Nov 2013 - 3 Nov 2013 di Air Terjun Kota Tinggi yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Saya akan bercerita pengalaman kami semua, kalian jangan fikir PEMBINA tidak mampu menghandle program berbentuk outdoor seperti ini...... Baca dan telitilah apa yang saya ingin ceritakan.
1/11/2013:
Kami bertolak dari Batu Pahat pada sebelah malam, selepas kami berhempas pulas habiskan makanan yang dihidangi sebanyak 2 kali. Perut terlampau kenyang sangat. Kami ke Air Terjun Kota Tinggi secara berkonvoi dalam 6 buah kereta. Saya, Hannan, Azizan dan Cikgu Zul naik kereta Abang Yus yang dipandu sendiri oleh beliau. Disebabkan kami terlampau kenyang, dalam perjalanan kami hanya tertidur sementara Abang Yus memandu, kesian juga lah kat abang Yus..... Sebab tu saya terpaksa bertahan dari tidur untuk menemani dan bersembang dengan abang Yus yang sedang memandu kerana ini juga demi keselamatan kami semua.
Setelah kami tiba di tempat yang ingin dituju, perasaaan gembira sudah menguasai diri, terlampau excited... Dalam diri merasakan tempat ini sangat tenang dan nyaman...Dengan bunyi desiran angin yang mendayu-dayu dan alunan aliran air yang menenangkan. Kami pun bersiap meletakkan semua barang-barang kami semua di khemah induk. Masa itu ingat dah nak kena rehat , tetapi kami diminta berkumpul untuk diberi taklimat. Abang Syazwan memperkenal Kem Komanden iaitu Akhi Ilham. Beliau pun berucap lah dan memberitahu peraturan sepanjang mukhayyam ini berjalan. Dalam perkhemahan ini, panggilan kami di sana yang boleh digunakan hanyalah ana or enta. Kami tidak boleh berkata saya, kamu dan sebagainya kerana pasti ada denda yang akan diterima. Lepas habis taklimat ringkas yang diberikan oleh Tuan Ilham, kami pun disuruh berehat. Eh lupa pula, kami juga ada melantik seseorang untuk memimpin kami semua iaitu Akhi Husaini Zunaidi. Beliau ni merupakan Palapes UTHM sebab itu kami melantik beliau kerana kami merasakan beliau mempunyai perwatakan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab.
2/11/2013
Tepat pukul 5.00 a.m, kami dikejutkan untuk menunaikan solat-solat sunat dan solat subuh secara berjemaah. Kami ambil wudhuk menggunakan air sungai. Memang sejuk dan segar sangat air sungai itu. Terasa kepayahan badan dan mata untuk kembali segar menjadi mudah apabila air wudhuk diambil menggunakan air sungai.
Selepas itu, ada sedikit pengisian dari Akhi Uthman....masa tu memang masih mengantuk, ada yang tertidur mendengar pengisian beliau, oleh itu, Akhi Uthman menyuruh kami berdiri dan mendengar apa yang ingin disampaikan oleh beliau sendiri. Kami pun mendengar dengan teliti, tapi still ada lagi yang masuk telinga kanan, keluar telinga kira...maklumlah masih ramai lagi yang kepenatan tapi nak buat macammana ini lah dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Habis solat dan tazkirah subuh, kami pun menyiapkan diri kami semua untuk menjalankan beberapa program dan aktiviti. Aktiviti pertama ialah ta'aruf or ice breaking, kami diminta untuk memperkenalkan diri dan menunjukkan gaya masing-masing. Ada gaya yang lawak, ada gaya yang menarik dan ada gaya yang sengaja mengenakan orang lain. Lepas seseorang itu memperkenalkan dirinya dan gayanya, orang seterusnya pula dikehendaki mengulang semula nama dan gaya orang yang sebelum-sebelumnya, kalau ada 10, kena ulang 10 semua tu. Cara pengenalan ini cukup berkesan kerana kami mengingat nama mereka cukup mudah. Permulaanya sungguh sukar untuk mengingat nama ikhwah-ikhwah yang lain, tetapi melalui taaruf inilah permulaan persahabtan kami semua sudah mula berputik di hati-hati kami. Kami menyanyangi antara satu sama lain, walaupun kami dari negeri yang berbeza, umur yang berbeza dan perwatakkan yang berbeza, Tapi percayalah selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak dapat mencari sahabat. Seorang sahabat yang ada semasa diperlukan itu adalah sebesar-besar sahabat. In sha Allah persahabatan ini kekal berkekalan hingga ke akhir hayat.
Selepas itu, kami pun dibahagikan kumpulan masing-masing, semua kumpulan ada 4 dan ada seramai 5/6 orang ahli. Kami pun berbincanglah dalam kumpulan untuk mencari nama kumpulan dan gaya kumpulan masing-masing juga. Antara nama kumpulan tersebut ialah The One's, U&I, Saladin dan R4BIA. Gaya kumpulan masing-masing semua kreatif. Saya sendiri dari kumpulan Saladin yang dipimpin oleh saudara Aiman.
Kami terpaksa berjalan kaki meneruskan perjalanan ke tempat yang ingin dituju untuk memulakan aktiviti
Rupa-rupanya aktiviti tersebut adalah jungle trekking. Memang tidak dapat diduga, rasanya perasaan excited tu dah mula muncul dan keluar dalam diri. Aktiviti ini memang paling adventure, mungkin kalau sispa dan palapes pun still ada yang tak berani nak buat macam yang kiteorang buat ini, diorang melatih diri mereka hanya menggunakan climbing wall sahaja. Kami betul-betul membuatnya secara real dan kami tidak ada pengalaman dalam melakukanya. Memang susah lah nak naik lurah-lurah bukit untuk sampai ke air Terjun. Sampai saya sendiri hampir terjatuh dan banyak juga luka kecil yang mencorakkan tubuh badanku.
Kami juga ada menunaikan solat sunat dhuha di atas pasir, inilah penglaman terbaru saya, saya tidak pernah langsung solat di dalam hutan tanpa dialasi apa-apa. Rasanya seperti mengingat peristiwa lampau bagaimana setelah orang islam sampai di Melaka, mereka terus bersolat di atas pantai tersebut. Allahuakbar!!! Beruntungnya kami semua....
Dalam perjalanan untuk sampai ke air Terjun yang paling atas, kami melakukan banyak aktiviti dan pertandingan kecil juga. Memang sungguh terhibur dan menyeronokkan. Antara aktiviti tersebut ialah membuat pyramid di dalam air menggunakan tubuh masing-masing dan lawan gusti double untuk menjatuhkan pihak lawan. Memang sungguh menarik. Kumpulan yang menang dalam pertandingan membina pyramid ialah kumpulan Saladen iaitu kumpulan saya sendiri kerana kumpulan yang paling pantas siap dan paling lama bertahan. Sa~La~Den .... Allah Ghoyatuna........
Kami dikatakan berada di dalam hutan tersebut lebih kurang 3-4 jam. Dalam perjalanan kami sentiasa basah, nak buat camne memang jalan dia sentiasa dialiri oleh air. Sekejap-sekejap kami masuk ke dalam air dan mandi. Dari aktiviti ini juga ukhwah antara kami semakin kukuh dan sikap bantu-membantu antara kami semua betul-btul membuat saya terharu, lihat sahaja apabila saya terjatuh, ramai yang tolong dan risau. In sha Allah semoga persahabatan kita semua berkekalan seperti dalam hadis ke 13.
Setelah penat melakukan aktiviti, kami pulang ke tempat perkhemahan dan kami dikehendaki untuk memasak sendri. Bahan-bahan memasak semua sudah disediakan, kami yang bertanggungjawab untuk menyediakannya dengan sendiri. Kami cuma diberi 2 beg plastic beras, 2 tin sardin, 5 biji telur dan 2 maggie.....Makanan yag diberi ini kami perlu kawal kerana merangkumi makan tengahari, petang dan malam. Kami pun menyediakan kayu api untuk memasaknya, saya memang kurang pengalaman kalau masak-masak dalam hutan ni. Kalau lihat dalam kumpulan saya, saya tidak banyak membantu dalam penyediaan makanan, lagipun saya masih dalam keadaan penat. Maafkan saya, kumpulan Saladen yang lain.
Pada sebelah petang pula, kami melakukan aktiviti perang air. Alah macam main Dota masuk ke kawansan dia dan sentuh alat dan curi alat tersebut yang merupakan maruah mereka. Kumpulan Saladen bergabung dengan Kumpulan R4bia, manakala kumpulan U&I gabung dengan The One's. Tapi saya tak puas hatilah, sebab tiada pun yang baling air kat saya, tapi saya tetap gembira kerana dapat baling air kena tepat padang abang Azim....Sebenarnya abang Azim lah yang ajak saya datang ke perkhemahan ini.. Perang ini dimenangi oleh kumpulan U&I dan The One's, kumpulan kami pula kalah dengan mata 2 berbalas 1. Selepas itu, kumpulan fasi pun terbentuk untuk berperang dengan kumpulan yang menang, dengan kebijaksanaan statergi mereka, kumpulan fasi telah menjadi juara.....Tahniah fasi-fasi semua.!!!
Pada sebelah malam pula, kami diberi tugasan untuk melakonkan sesuatu berkaitan dengan 'Pengorbanan' pada malam kesenian islam (MAKSIS). Semua kumpulan mempunyai jalan cerita yang menarik, apetah lagi kumpulan The One's memang mereka boleh digelar pelakaon terbaik. Akhi Ubai yang menarik perwatakannya. Sungguh lucu dan menyeronokkanya. Adakalanya lakonan mereka sedih yang hampir membuat kami semua menitiskan titisan mutiara yang sangat bernilai bagi seorang lelaki. Tapi nasib baiklah , tak keluar. Huhuhuhu.
Lepas tu pula, Tuan Ilham ada buat pertandingan Debat antara kumpulan. Tajuknya, Siapakah yang perlu selamat untuk menaiki bot kecil jika kapal yang besar hampir karam? Antara candicatenya ilah Tukang Masak, Ahli Keselamatan, Pemandu, dan Bangsawan. Selepas semua sudah mengeluarkan hujah masing-masing, pemenang tidak boleh diungkap. Kerana sebenarnya, kita semua perlu menyelamat diri orang lain dengan semampu yang boleh, tidak hanya mementingkan diri sendiri. Jika ingin menyelamatkan semua sekali, pihak keselamatan perlu memastikan semua penumpang memakai jaket keselamatan, dan Golongan bangsawan pula cuba memikirkan untuk menlajukan kuasa enjin bot tersebut, dan beberapa pemandu cuba meminta pertolongan dari pihak yang terdekat dengan secepat yang mungkin atas bot yang enginnya sudah diupgrade. Walaupun , kapal sudah karam, penumpang still boleh terapung dan bertahan sehingga bantuan keselamatan tiba. Wallahulam!!!
3/11/2013
Selepas itu, kami pun berehat dan tidur. Apa yang mengejutkan kami, kami dibangunkan untuk melakukan aktiviti iaitu aktiviti Night Walk. Aktiviti night walk pun memang mencabar, kami terpaksa dikejutkan pukul 2.30 a.m untuk menjalankan aktiviti tersebut, masa masuk dalam hutan tu memang takut, mula-mula berkumpulan, lepas tu terus dipisahkan, mata pula ditutup, makin gelap lah, masa tu yang cuma ingat, Allah sentiasa bersama kami. Lepas tu dikejutkan pula ada budak yang hilang, kami semua panik dan kembali ke hutan untuk mencari budak yang hilang itu, akhirnya Alhamdulillah jumpa juga. Tapi kami didenda dengan membaca mathurat dalam sungai selepas solat subuh, memang menggigil, mula -mula je, lepas tu terus mandi lepas dah habis semua, memang syok. Denda ni disebabkan kami tidak menolong kumpulan lain, sebab tu ada budak yang sesat. Tapi daripada kem ini, ukhwah antara kami dan ikhwah yang lain semakin erat dan kami saling berkongsi pengalaman pahit dan manis bersama-sama. Pengorbanan itulah puncak Muqayyam kami semua. In Sha Allah, program sebegini dapat dianjurkan lagi bagi ikhwah-ikhwah yang lain.
Program pun tamat dengan jayanya, banyak pengajaran, ikhtibar, nasihat daripada seluruh akitiviti yang dilakukan. Sebelum pulang, kami menikmati hidangan yang disediakan sendiri oleh Cikgu Zul dan Akhi Farouk. Memang sungguh sedap, tambah 3 kali, padahal makan 2 orang je, saya dgn Aiman. Tapi memang inilah Muqayyam yang paling best saya pernah pergi dan paling membuka fikiran saya untuk sama-sama berjuang bersama PEMBINA da ISMA untuk merealisasikan islam sentiasa berada di puncak. In sha Allah.
Banyak lagi aktiviti yang berjalan tapi, saya kesuntukan masa untuk memanjangkan cerita pengalaman ini. Sorry Ok :) .
Marilah Join PEMBINA !!!! Banyak lagi aktiviti yang akan dianjurkan. Sama-sama kita berkorban demi agama islam kita yang tercinta.In Sha Allah, aktiviti ilmiah sebegini mungkin perlu dianjurkan lagi. Sama-sama kita doakan agar kita semua mendapat rahmat Allah s.w.t dan malaikat sentiasa memayungi kita semua. Amin. Semoga dapat mengubah hidup anda semua.
Satu saja pesanan saya kepada kalian semua : Jagalah diri kalian baik-baik, usahalah kemulian kalian kerana kalian dipandanag manusia bukan kerana rupa tetapi kerana kesempurnaan budi dan adab kalian. Ana sangat beruntung dapat berjumpa dan menjalinkan tali persahabatan dengan kalian semua.
Wallahulam. Thanks semua. Assalamualaikum..........

















































5 ulasan:
Tahniah kerana terpilih menyertai PEMBINA!.
Semoga Allah mengukuhkan kedudukan kita atas jalannya.
In sha Allah..sama-sama kita perjuangkaan
Debat antara kumpulan.
Tajuknya, Siapakah yang perlu selamat untuk menaiki bot kecil jika kapal yang besar hampir karam?
Antara candidatenya ilah Tukang Masak, Ahli Keselamatan, Pemandu, dan Bangsawan.
Pihak keselamatan perlu memastikan semua penumpang memakai jaket keselamatan,
Golongan bangsawan pula cuba memikirkan untuk menlajukan kuasa enjin bot tersebut
beberapa pemandu cuba meminta pertolongan dari pihak yang terdekat dengan secepat yang mungkin atas bot yang enginnya sudah diupgrade.
tukang masak???
tukang masak itu dikira sebagai penumpang......Ini cumalah idea saya untuk menyelamatkan semua orang... bukan sekadar untuk kepentingan diri sendiri sahaja
bila baca warkah ni, tergelak sorang-sorang pun ade... nk sedih pun ade...
ape pun akh zainal, jom join program kami tanpa berbelah bgi...
iAllah program kami utk membntuk ahli2nya & mngkut al-Quran & sunnah...
Catat Ulasan