Bismillahirahmannirahim
Assalamualaikum wa rahmatuallah......
Pada 18, 19 dan 20 Oktober 2013, rakan masjid Uthm dengan kerjasama Pusat Islam Uthm telah mengadakan Kem Kembara Mahasiswa (KEMSIS) di Kem Dayang, Pontian. Kemsis adalah sebuah program bersifat membina jati diri mahasiswa/siswi islami yang berbentuk 'outdoor'. Di dalam kem ini, penyertaan dibuka kepada pelajar-pelajar tahun 1 program ijazah dan diploma. Hal ini kerana sesuai dengan salah satu matlamat program ini iaitu memantapkan rohani dan jasmani mahasiswa/siswi bagi menghadapi kehidupan kampus. Maklumlah, umum sedia maklum kehidupan kampus ini sangat mencabar dan berbeza dengan kehidupan di zaman sekolah. Kalau zaman persekolahan dulu, setiap gerak geri kita akan dipantau oleh guru dan ibu bapa. Namun alam kampus tidak menjanjikan semua itu, malah ibu bapa tiada lagi memantau pergerakan mahasiswa/siswi kita setiap masa . Maka tinggallah pelajar menjalani kehidupan kampusnya yang penuh dugaan. Tersiap langkah bakal membawa padah. Oleh itu, rakan masjid Uthm mengambil inisiatif menganjurkan sebuah program yang dapat membantu mengukuhkan jatidiri mahasiswa/siswi supaya tidak goyah dengan liku alam universiti.
Program yang dianjurkan sangat menarik dan dapat mengeratkan ukhwah kami semua.
(1) Sesi ta'aruf - Sesi ini menceritakan tentang perwatakan kami dan nama kami semua. Kami juga diminta untuk membuat sebuah cenderahati berbentuk origami daripada sekeping kertas dan dikehendaki untuk menulis kata-kata hikmat. Kemudian, perlu diberi cenderahati itu kepada orang lain dan seterusnya. Permulaanya sungguh sukar untuk mengingat nama ikhwah-ikhwah yang lain, tetapi melalui taaruf inilah permulaan persahabtan kami semua sudah mula berputik di hati-hati kami. Kami menyanyangi antara satu sama lain, walaupun kami dari negeri yang berbeza, umur yang berbeza dan perwatakkan yang berbeza, Tapi percayalah selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak dapat mncari sahabat. Seorang sahabat yang ada semasa diperlukan itu adalah sebesar-besar sahabat. In sha Allah persahabatan ini kekal berkekalan hingga ke akhir hayat.
![]() |
(2) Pembahagian Kumpulan - Cara pembahagian kumpulan sangat menarik dan berlainan, apabila mata kami semua ditutup kemudian kami diletakkan di tempat-tempat yang berjauhan. Seterusnya, kami dibisikkan dengan kalimah istigfar yang berlainan, kemudian kami diminta melaungkan kalimah tersebut dan fokus untuk mencari kalimah yang sama untuk mencari kumpulan. Lelaki mencari lelaki, wanita mencari wanita. Sungguh sukar untuk mencarinya, kerana laungan istigfar terlampau banyak dan kebanyakannya istigfar tersebut kedengarannya hampir sama. Bagaimana jika kita benar-benar tidak diberi nikmat mata adakah kita mampu mencari teman yang setia untuk bersama-sama membawa kita ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. In sha Allah, sama-sama kita muhasabahkan diri kita semua. Moga-moga Allah sentiasa merahmati kita. Amin.
(3) Pengisian ilmu agama - Ilmu yang disampaikan sungguh bermanfaat bagi kami, apabila kebanyakkan ada lagi yang kami tidak mngetahuinya atau kami terlupa dan kami kembali diingatkan tentang hukum-hukum islam, sirah-sirah islam dan akidah islam yang sebenarnya. Pengisian disampaikan oleh Ustaz Kamal, Ustaz Aziz dan beberapa ustaz yang lain. Betapa ruginya kalau kita hidup jika kita tidak mempunyai amal kebaikan yang mungkin dapat memberi rahmat buat kita semua di akhirat kelak jika kita mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar. In sha Allah, sama-sama kita memperjuangkannya. Takbir : Allahuakbar !!!
(4) Riadah pagi - Riadah pagi betul-betul menghiburkan dan menyeronokkan apabila kami diajar membuat aksi taici yang mungkin tidak seberapa betul. Tapi tidak mengapa yang penting kami terhibur melakukanya bersama-sama. Mungkin kebanyakkan kita berfikir islam cuma fokus kepada bidang kerohanian kan, tetapi itu adalah anggapan yang salah. Jasmani kita juga perlu dijaga dan dirawat agar sentiasa sihat menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. Ukhwah antara kami semua juga semakin kukuh bagaikan tidak dapat dipisahkan. Tali silaturrahim itu sangat dititikberatkan dalam islam, sabda Rasullah s.a.w dalam hadis ke 13, ' seseorang itu tidak beriman sekiranya orang itu tidak menyanyangi saudaranya sebagaiman dia menyanyangi dirinya sendiri' . In sha Allah sama-sama kita kukuhkan dan mantapkan ukhwah diantara kita semua.
(5) Pembentangan kumpulan - Cara ini dapat melatih kami menghilangkan rasa malu dan mengajar kami cara berkomunikasi dengan baik. Kami diminta membentangkan nama kumpulan kami, visi misi kumpulan, logo kumpulan nyanyian kumpulan dan gaya kumpulan masing-masing. Kebanyakkan kami ditegur dan dinasihati kerana banyak kesalahan yang kami lakukan atas kesemua pembentangan kami. Kami berterima kasih kepada mereka semua kerana menegur kami perkara yang mungkin kami tidak sedar. Semua kumpulan ada 6 iaitu Hamka, Hamzah, Salahudin, Yusof Qaradawi, Al-Khawarizmi dan Al- Fateh. Semua kumpulan hebat-hebat belaka memang sukar nak tentukan mana kumpulan yang terbaik.
(6) Membina Tiang Istana yang Kukuh - Aktiviti ini mengajar kami bagaimana kami perlu membina tiang yang kukuh dan talinya hanyalah kertas. Aktiviti ini menunjukkan bahawa jika tiang kita jatuh maka maruah kita juga turut tergadai. Adakah ini yang kita mahukan dalam agama kita. Kita perlukan kekuatan yang hebat untuk menegakkan agama islam kita yang pernah menerajui 2/3 dunia. Ingatlah wahai sahabatku semua, bersatulah kita semua dan jika kita bergaduh dan berbantah -bantah dalam satu perkara, rujuklah al-Quran dan hadis semula yang merupakan sumber rujukan umat islam. In sha Allah, sama-sama kita perjuangkan.
(7) Night Walk - Kami semua masuk ke dalam hutan seorang demi seorang, memang menakutkan yang ingat waktu tu hanyalah Allah s.w.t. Aktiviti ini mengajar kami , sekiranyalah kami keseorangan dan terasing adakah kita mampu mencari jalan keluar untuk menyelesaikan semua perkara. Dengan keadaan dan suasana yang gelap adakah masih ada diantara kita yang mampu mencari sesuatu untuk keselamatan diri, tetapi ingatlah Allah sentiasa bersama kita. Jika kegelapan itu menyelubungi kita semua, percayalah pasti ada sinaran cahaya yang mungkin dapat memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua. Agama islam permulaanya dalam keadaan terasing, dan mungkin kita juga akan terasing , beruntunglah orang yang terasing itu. In sha Allah sama-sama kita banyakkan ibadah kita kepada Allah s.w.t. Amin.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang dilakukan. Jutaan terima kasih juga kepada fasilitator yang sama-sama membantu agar program dan kemsis ini berjalan dengan kelancaran dan kemudahan yang mungkin mendapat bantuan daripada Allah s.w.t. Tanpa fasi-fasi semua mungkin program ini tidak berjalan dengan jayanya.
In Sha Allah, aktiviti ilmiah sebegini mungkin perlu dianjurkan lagi. Sama-sama kita doakan agar kita semua mendapat rahmat Allah s.w.t dan malaikat sentiasa memayungi kita semua. Amin. Join lah Rakan Masjid Uthm, banyak lagi program yang akan dianjurkan. Semoga dapat mengubah hidup anda semua.
Satu saja pesanan saya kepada kalian semua : Jagalah diri kalian baik-baik, usahalah kemulian kalian kerana kalian dipandanag manusia bukan kerana rupa tetapi kerana kesempurnaan budi dan adab kalian. Ana sangat beruntung dapat berjumpa dan menjalinkan tali persahabatan dengan kalian semua.
Wallahulam. Thanks semua. Assalamualaikum..........



.jpg)








































5 ulasan:
Alhamdulillah wa syukurillah..enta dh mengabdikan kenangan Kemsis13 disini...semoga Allah redha.. truskan perjuangan.. penulisan memori y menarik...keep it up!
Sesungguhnya apabila aku suapkan makanan kepada temanku, maka aku memperoleh rasanya pada halkumku. Keagungan peribadi kita terletak pada kesediaan kita untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat. Dan dengan kata hikmah yang saya peroleh dari salah seorang sahabat iaitu ' Tangan Menggengam Dunia, Tetapi Hati Sentiasa Rindukan akhirat..itulah penguat kepada perjuangan saya.....In sha Allah sama-sama kita Berjuang untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat.. Amin
woi,,tuko lagu laaa,,,lagu xsedap langsung,,,
Alhamdulillah..
Ngade lah ko latif......Latif mari kita berazam agar kita sentiasa memaafi antara satu samalain...berubahlah kearah kebaikan yang bakal mendapat rahmat drpd Allah s.w.t
Catat Ulasan