Ahad, 7 Julai 2019

WINNING ATTIRE (CUTE CARRY) - AKEPT



PROGRAM WINNING ATTIRE




ASSALAMUALAIKUM
Hari ini teruja nak berkongsi keseronokkan yang cukup mengamit seribu kenangan memori sepanjang program Winning Attire ini dijalankan iaitu pada 21 Jun 2019 sehingga 23 Jun 2019 di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT). Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang yang turut melibatkan sebanyak 60 orang peserta  yang terdiri daripada 17 buah Universiti merangkumi IPTA dan IPTS.

APA YANG MENARIK SANGAT EH ?
Jangan risau, saya akan kongsikan apa yang menarik dari input dan objektif program yang ingin dibawakan. Sebelum tu, saya nak share lah sikit gambar-gambar menarik yang berada dipersekitaran kami. Pengarah Pembangunan Mahasiswa kata tempat ini adalah tempat latihan dan seminar bagi pensyarah-pensyarah, tapi beruntungnya kami sebab dapat menggunakan tempat ini sebagai tempat program kami bagi seorang mahasiswa. Hehe

Bukan nak cakap apalah,  kalau ranking 10/10 tu untuk tempat. Saya akan bagi 9/10 untuk AKEPT ni dari segi kemudahan, fasiliti, bilik, makanan dan banyak lagi. Masa mula datang tu serius memang agak teruja, takleh nak tahan lah Oppo F9 ni dari nak berselfie dan ambik gambar.
                                  
Persekitaran Bilik Penginapan
Berselfie sebelum Sesi Bermula

SESI PUN BERMULA
Sesi perkenalan daripada Pembangunan Mahasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan guide kami semua sepanjang program Winning Attire ini dijalankan. Biasalah, kalau kita masuk tempat orang mestilah ada peraturannya. Beberapa peraturan telah digariskan sepanjang program ini dijalankan. Mereka mahu kami semua mematuhinya supaya kami menjadi batch marking untuk mahasiswa atau pelajar selanjutnya dapat menggunakan AKEPT ini lagi. Penerangan juga diteruskan dengan Taklimat House Keeping.

Wakil dari UTHM (Kami memang Sempoi)
Dewan Auditorium

MINUM PETANG @ BEREHAT
Teruja betul masa mula-mula masuk dewan makan, saya ni kalau tengok makanan memang terliur sikit. Terutama kalau makanan tu nampak sedap dan suasana dewan makan yang cukup mengenakkan pandangan.
Mula-mula pelik, masuk Dewan Makan perasan kenapa hanya beberapa orang, rupanya ramai peserta tak tahu minum petang disediakan dan banyak balik ke bilik penginapaan untuk berehat, maklumlah semua datang dari seluruh Malaysia, penat belaka semua. Apa lagi, kami yang ada perabis lah makanan yang ada, tambahan kami tak makan lagi dari pergerakkan dari UTHM ke AKEPT.

SLOT 1 : DRESS TO WIN 
Kalau ikut tentatif slot berkaitan dengan dress to win, tapi bila Cute Carry berucap dari awal sampai akhir untuk slot malam tu semuanya berkaitan dengan keperibadian yang perlu ada pada setiap pemimpin. Beliau mengajarkan kepada kami untuk open-minded bagi semua perkara, supaya aura positif selalu bersama dengan kita.

Apa yang menarik dari slot ini pertama sekali beliau mengajar kepada kami dari segi berhadapan dengan seseorang dari segi perbualan atau komunikasi, cara bersalam, bahasa tubuh dan banyak lagi. Cute Carry memberikan beberapa formula untuk semua ini untuk kami senang memahaminya secara praktikal.

S - Salam
A - Ajukan Soalan
H - Hadiah
A - Ajukan Soalan Lagi
B - Bahasa Badan
A - Anak Mata
T - Tiru Gaya (Mirroring)

Serius talk Cute Carry ni memang penuh dengan gelak tawa. Ada je bahan lawak yang digunakan oleh beliau dalam membuat talk beliau tak rasa bosan sehingga tak sedar, 2 jam dah masa berlalu. Bagi saya beliau seorang yang hebat dalam nak bagi talk. Yang lawaknya, sampai beliau pun mengakuinya.. Haha. Bekas Pegawai Tadbir Diplomatik lah katakan. Cuma bab agama beliau kata, boleh tapi kena azan dulu kat telinga dia, kalau tak panas tu boleh lah. Haha

SLOT 2 : ORGANIZED! IT IS NOT AN OPTION
Dah masuk Hari ke 2 berada di Akept. Suasana nyaman dan tenang tu memang terus membungkus sekeliling tempat ini. Slot pula akan diteruskan selepas semua selesai sarapan. Slot kali ni memang sangat berkualiti dan memberikan impak yang tinggi bagi diri saya juga. Bila Hafiz Cute Carry berkongsi mengenai image diri, saya rasa yang disampaikan itu sungguh mahal dan bernilai untuk saya kongsikan kepada ramai orang.
1. Beliau bercerita mengenai Pemakaian yang sesuai. Ada beberapa jenis bentuk badan yang dikenakan bagi penyesuain pakain yang ingin dipakai. Merangkumi blazer sangat detail diceritakan, begitu juga jenis kemeja, T-shirt, seluar dan lain lagi. Tambahan bagi orang yang berisi macam saya ni, apa je pakaian yang bila saya pakai nampak ada wow factor..semua diceritakan secara detail melalui talk beliau.
2. Berkongsi mengenai beg yang sesuai bagi seorang lelaki dan perempuan juga mengikut bentuk badan. Baru perasan, ada macam-macam jenis beg yang ada kat market sekarang, ada yang galas tepi, galas belakang, jenis besar, jenis kecil dan macam-macam lagi tu, semua rupanya ada sebab dan kesesuaian yang boleh dipakai oleh kita. Bagi orang yang kecil, jangan pakai handbeg yang jenis panjang dan besar melebihi saiz badan.

3. Bau yang ada pada Badan.
Terus rasa kagum dengan talk beliau bila ditambah untuk slot ini, beliau menyatakan masalah dan menyampaikan solusi yang perlu dibuat. Dengan kata lain, terus bagitau secara praktikal apa yang perlu dibuat. Bau Badan, ada sesetengah yang mempunyai masalah ini. 
Masalah yang dihadapi ini bagi Hafiz Cute Carry sangat kritikal, sebab dia merangkumi ketiak, badan dan rambut. Ada beberapa cadangan yang diutarakan untuk dibuat iaitu sentiasa untuk mandi dengan sempurna, bila gosok tu nak tau still takde bau, kita kena try untuk hidu lagi sehingga bau itu hilang dan cukur bulu-bulu yang panjang supaya peluh susah untuk menumpang, sehingga menyebabkan bau. Bau Mulut, Hafiz cute carry memberitahu untuk cuba sebulan sekali untuk Cuci Gigi dan cara gosokkan gigi itu diajar untuk dibetulkan dari segi cara menggosok pada gigi, gusi dan lidah. 
Hafiz Cute Carry juga berkongsi mengenai shampoo, sabun, deodorant dan  minyak wangi yang sesuai bagi setiap individu. Ada yang jenis rambut begini, sesuai begini, ada yang jenis kulit begini, sesuai begini. Fuh..memang lengkap talk Hafiz Cute Carry ni. Lepas dengar balik bilik terus praktikalkan...Hehe.
Dari segala apa yang diceritakan pada slot ini, menjadikan diri saya sangat berkeyakinan dan banyak juga masalah yang dihadapi oleh saya, sehingga hasrat untuk saya akan kuruskan diri ini supaya mempunyai keterampilan yang hebat.
 Bergambar bersama Hafiz Cute Carry

Gambar awal dengan peserta IPT lain, sebab dua orang dari UTHM terpaksa pulang pada tengahari itu atas sebab esoknya mereka ada paper. Sebenarnya program ni berlangsung semasa Final Exam berlaku. Alhamdulillah lah, saya ada gap paper yang agak jauh.

SLOT 3 : BRAND YOURSELF
Slot terus diteruskan dengan Brand Yourself selepas berhenti makan tengahari dan Solat Zuhur. Diceritakan permulaan awal setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan diri. Ni pun salaha satu slot yang saya gemari. Mana taknya sebab sangat sesuai bagi saya yang sangat meminati bidang keusahawanan.

Four Step to Brand Yourself
1. Big Why? Apa yang kita nak dalam hidup kita? Selalunya kita nak jadi expert kan. Tapi apa yang kita nak tu, kita cuba idolakan siapa yang dah berjaya dengan apa yang kita nak dalam hidup. Saya sendiri mengidolakan Ren Zhengfei, Jack Ma dan Syed Mokhtar Albukhary. So saya perlu cuba untuk mirorring kan mereka dalam kehidupan saya.
2. Be Yourself. Apa pun yang terjadi cuba untuk jadi diri sendiri. Jangan jadi orang lain. Kalau kat depan lain, jangan kat instagram lain sebab benda tu akan jadikan kita stress. This Is Me #idon'tcare
3. Action. Bertindak. Fast Action, Fast Result
4. Build 5C.
- Character. 
- Competence
- Confidence
- Credibility
- Congruent

Alhamdulillah, banyak input yang kami dapat dari pagi talk beliau sehinggalah ke petang. Sungguh tak rugi program ini dibuat yang sangat memberikan impak yang tinggi bagi seseorang yang kurang keyakinan diri. Lastnya menyebabkan diri terus bangkit dan semangat keyakinan semakin memuncak.

RIADAH PETANG 
Hebatkan saya, terus petang tu praktikalkan terus untuk usaha sihatkan dan kuruskan diri untuk mempunyai keterampilan yang segak.

Mula-mula niat nak jogging lah. Tapi terus cakap nak berjalan je. Mula slow-slow lah kan. Hehe. 10000 langkah lah katakan. Hehe. Setiap checkpoint jumpa juga peserta lain tengah berjogging walaupun permulaan kami hanya bertiga saya dan dua orang peserta dari UMP.

Terus keliling keseluruhan Akept sambil mengamati keindahan tempat ini. Malam ni Dinner, so kami dah tekad dah untuk cuba laparkan diri supaya dapat puas untuk dinner malam ni. Haha. Gurau je. Selepas selesai keliling, kami pun pulang ke bilik masing-masing untuk menyiapkan diri dari segi pakaian semua untuk dinner malam ini.

FINE DINNING
Hihi. Tak perlu nak cakap banyak lah, semua tahu favourite saya kalau slot ni. Tapi slot ni sangat best. Sambil dinner ni berjalan tapi diajarkan basic yang perlu dilakukan oleh kami semasa masuk, cara duduk, cara makan, cara ambil makanan dan banyak lagi yang diajarkan. Cara yang diajar sebenarnya apa yang selalu dilakukan oleh VIP dan VVIP semasa diserved. 
Makanan dinner ni pun sedap, Nasi Hujan Panas, rendang daging dan rendang ayam, ditambah dengan dessert yang cukup lazat iaitu chocolate moise cake. Hehe. Tak terkata. Tapi bagi saya semua tu nombor 2, ilmu yang diajar tu yang patut digunakan oleh saya untuk cerita dan ajar juga kepada yang lain.
Sesi pun diteruskan dengan kehadiran VIP hebat yang saya sangat kagumi iaitu Dr Zaid Omar. Beliau memberi ucapan yang cukup membakar diri ini untuk terus bangkit memberi nilai yang tinggi pada diri #StudentEmpowerment. Dinner pun bersurai dengan sesi bergambar bersama.
Antara team yang banyak membantu saya dari awal sehingga fine dinning ni. Mereka sangat humble dan banyak knowledge yang saya belajar dari IPT mereka untuk dibawa pulang ke UTHM. Sebenarnya sebab saya dah keseorangan yang peserta UTHM lain kan dah balik. So kena lah bergambar dengan yang lain.



Dua hari yang cukup penat tapi sangat bernilai. Saya hanya dapat join sehingga malam ini sahaja, sedangkan esoknya masih ada lagi slot yang sangat best iaitu "Choose Your Colour" dan "Catch Your Dream". 
Sedih sebab tak dapat nak join sampai habis, sebab bagi saya setiap talk dari Hafiz Cute Carry sanagat berguna dan bernilai untuk digunakan dan dipraktikal dalam kehidupan seharian. Saya berharap saya dan team UTHM dapat buat program sebegini yang bagi saya memberikan impak yang besar untuk dikongsi kepada mahasiswa UTHM yang lain.

Itu sahaja dari saya,
Zainal Mawardi (ig: zainal_mizan13)








Selasa, 5 November 2013

Mukhayyam Pembina Batu Pahat 2013



Perkhemahan atau Mukhayyam yang cukup menggamit  seribu memori sepanjang perkhemahan berlangsung dari 1 Nov 2013 - 3 Nov 2013 di Air Terjun Kota Tinggi yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)  kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Saya akan bercerita pengalaman kami semua, kalian jangan fikir PEMBINA tidak mampu menghandle program berbentuk outdoor seperti ini...... Baca dan telitilah apa yang saya ingin ceritakan.

1/11/2013: 

Kami bertolak dari Batu Pahat pada sebelah malam, selepas kami berhempas pulas habiskan makanan yang dihidangi sebanyak 2 kali. Perut terlampau kenyang sangat. Kami ke Air Terjun Kota Tinggi secara berkonvoi dalam 6 buah kereta. Saya, Hannan, Azizan dan Cikgu Zul naik kereta Abang Yus yang dipandu sendiri oleh beliau. Disebabkan kami terlampau kenyang, dalam perjalanan kami hanya tertidur sementara Abang Yus memandu, kesian juga lah kat abang Yus..... Sebab tu saya terpaksa bertahan dari tidur untuk menemani dan bersembang dengan abang Yus yang sedang memandu kerana ini juga demi keselamatan kami semua.

Setelah kami tiba di tempat yang ingin dituju, perasaaan gembira sudah menguasai diri, terlampau excited... Dalam diri merasakan tempat ini sangat tenang dan nyaman...Dengan bunyi desiran angin yang mendayu-dayu dan alunan aliran air yang menenangkan. Kami pun bersiap meletakkan semua barang-barang kami semua di khemah induk. Masa itu ingat dah nak kena rehat , tetapi kami diminta berkumpul untuk diberi taklimat. Abang Syazwan memperkenal Kem Komanden iaitu Akhi Ilham. Beliau pun berucap lah dan memberitahu peraturan sepanjang mukhayyam ini berjalan. Dalam perkhemahan ini, panggilan kami di sana yang boleh digunakan hanyalah ana or enta. Kami tidak boleh berkata saya, kamu dan sebagainya kerana pasti ada denda yang akan diterima. Lepas habis taklimat ringkas yang diberikan oleh Tuan Ilham, kami pun disuruh berehat. Eh lupa pula, kami juga ada melantik seseorang untuk memimpin kami semua iaitu Akhi Husaini Zunaidi. Beliau ni merupakan Palapes UTHM sebab itu kami melantik beliau kerana kami merasakan beliau mempunyai perwatakan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab.




2/11/2013
Tepat pukul 5.00 a.m, kami dikejutkan untuk menunaikan solat-solat sunat dan  solat subuh secara berjemaah. Kami ambil wudhuk menggunakan air sungai. Memang sejuk dan segar sangat air sungai itu. Terasa kepayahan badan dan mata untuk kembali segar menjadi mudah apabila air wudhuk diambil menggunakan air sungai.


Selepas itu, ada sedikit pengisian dari Akhi Uthman....masa tu memang masih mengantuk, ada yang tertidur mendengar pengisian beliau, oleh itu, Akhi Uthman menyuruh kami berdiri dan mendengar apa yang ingin disampaikan oleh beliau sendiri. Kami pun mendengar dengan teliti, tapi still ada lagi yang masuk telinga kanan, keluar telinga kira...maklumlah masih ramai lagi yang kepenatan tapi nak buat macammana ini lah dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t.




Habis solat dan tazkirah subuh, kami pun menyiapkan diri kami semua untuk menjalankan beberapa program dan aktiviti. Aktiviti pertama ialah ta'aruf or ice breaking, kami diminta untuk memperkenalkan diri dan menunjukkan gaya masing-masing. Ada gaya yang lawak, ada gaya yang menarik dan ada gaya yang sengaja mengenakan orang lain. Lepas seseorang itu memperkenalkan dirinya dan gayanya, orang seterusnya pula dikehendaki mengulang semula nama dan gaya orang yang sebelum-sebelumnya, kalau ada 10, kena ulang 10 semua tu. Cara pengenalan ini cukup berkesan kerana kami mengingat nama mereka cukup mudah. Permulaanya sungguh sukar untuk mengingat nama ikhwah-ikhwah yang lain, tetapi melalui taaruf inilah permulaan persahabtan kami semua sudah mula berputik di hati-hati kami. Kami menyanyangi antara satu sama lain, walaupun kami dari negeri yang berbeza, umur yang berbeza dan perwatakkan yang berbeza, Tapi percayalah  selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak dapat mencari sahabat. Seorang sahabat yang ada semasa diperlukan itu adalah sebesar-besar sahabat. In  sha Allah persahabatan ini kekal berkekalan hingga ke akhir hayat.

Selepas itu, kami pun dibahagikan kumpulan masing-masing, semua kumpulan ada 4 dan ada seramai 5/6 orang ahli. Kami pun berbincanglah dalam kumpulan untuk mencari nama kumpulan dan gaya kumpulan masing-masing juga. Antara  nama kumpulan tersebut ialah The One's, U&I, Saladin dan R4BIA. Gaya kumpulan masing-masing semua  kreatif. Saya sendiri dari kumpulan Saladin yang dipimpin oleh saudara Aiman.




Kumpulan sudah pun diberikan, kami pun meneruskan aktiviti yang seterusnya. Aktiviti ini yang paling syok sekali dalam muqkhayyam ini. Tetapi sebelum bertolak kami diberi tugasan untuk menghafal hadis ke 13. Kami wajib menghafal arab dan terjemahannya sekali. Hadis itu berbunyi seperti ini Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radhiyallahu anhu,  Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai  saudaranya (sesama muslim) seperti ia mencintai dirinya sendiri”.

Kami terpaksa berjalan kaki meneruskan perjalanan ke tempat yang ingin dituju untuk memulakan aktiviti







Rupa-rupanya aktiviti tersebut adalah jungle trekking. Memang tidak dapat diduga, rasanya perasaan excited tu dah mula muncul dan keluar dalam diri. Aktiviti ini memang paling adventure, mungkin kalau sispa dan palapes pun still ada yang tak berani nak buat macam yang kiteorang buat ini, diorang melatih diri mereka hanya menggunakan climbing wall sahaja. Kami betul-betul membuatnya secara real dan kami tidak ada pengalaman dalam melakukanya. Memang susah lah nak naik lurah-lurah bukit untuk sampai ke air Terjun. Sampai saya sendiri hampir terjatuh dan banyak juga luka kecil yang mencorakkan tubuh badanku.

Kami juga ada menunaikan solat sunat dhuha di atas pasir, inilah penglaman terbaru saya, saya tidak pernah langsung solat di dalam hutan tanpa dialasi apa-apa. Rasanya seperti mengingat peristiwa lampau bagaimana setelah orang islam sampai di Melaka, mereka terus bersolat di atas pantai tersebut. Allahuakbar!!! Beruntungnya kami semua....

Dalam perjalanan untuk sampai ke air Terjun yang paling atas, kami melakukan banyak aktiviti dan pertandingan kecil juga. Memang sungguh terhibur dan menyeronokkan. Antara aktiviti tersebut ialah  membuat pyramid di dalam air menggunakan tubuh masing-masing dan lawan gusti double untuk menjatuhkan pihak lawan. Memang sungguh menarik. Kumpulan yang menang dalam pertandingan membina pyramid ialah kumpulan Saladen iaitu kumpulan saya sendiri kerana kumpulan yang paling pantas siap dan paling lama bertahan. Sa~La~Den .... Allah Ghoyatuna........

Kami dikatakan berada di dalam hutan tersebut lebih kurang 3-4 jam. Dalam perjalanan kami sentiasa basah, nak buat camne memang jalan dia sentiasa dialiri oleh air. Sekejap-sekejap kami masuk ke dalam air dan mandi. Dari aktiviti ini juga ukhwah antara kami semakin kukuh dan sikap bantu-membantu antara  kami semua betul-btul membuat saya terharu, lihat sahaja apabila saya terjatuh, ramai yang tolong dan risau. In sha Allah semoga persahabatan kita semua berkekalan seperti dalam hadis ke 13.














































Setelah penat melakukan aktiviti, kami pulang ke tempat perkhemahan dan kami dikehendaki untuk memasak sendri. Bahan-bahan memasak semua sudah disediakan, kami yang bertanggungjawab untuk menyediakannya dengan sendiri. Kami cuma diberi 2 beg plastic beras, 2 tin sardin, 5 biji telur dan 2 maggie.....Makanan yag diberi ini kami perlu kawal kerana merangkumi makan tengahari, petang dan malam. Kami pun menyediakan kayu api untuk memasaknya, saya memang kurang pengalaman kalau masak-masak dalam hutan ni. Kalau lihat dalam kumpulan saya, saya tidak banyak membantu dalam penyediaan makanan, lagipun saya masih dalam keadaan penat. Maafkan saya, kumpulan Saladen yang lain.











Pada sebelah petang pula, kami melakukan aktiviti perang air. Alah macam main Dota masuk ke kawansan dia dan sentuh alat dan curi alat tersebut yang merupakan maruah mereka. Kumpulan Saladen bergabung dengan Kumpulan R4bia, manakala kumpulan U&I gabung dengan The One's. Tapi saya tak puas hatilah, sebab tiada pun yang baling air kat saya, tapi saya tetap gembira kerana dapat baling air kena tepat padang abang Azim....Sebenarnya abang Azim lah yang ajak saya datang ke perkhemahan ini.. Perang ini dimenangi oleh kumpulan U&I dan The One's, kumpulan kami pula kalah dengan mata 2 berbalas 1. Selepas itu, kumpulan fasi pun terbentuk untuk berperang dengan kumpulan yang menang, dengan kebijaksanaan statergi mereka, kumpulan fasi telah menjadi juara.....Tahniah fasi-fasi semua.!!!






Pada sebelah malam pula, kami diberi tugasan untuk melakonkan sesuatu berkaitan dengan 'Pengorbanan' pada malam kesenian islam (MAKSIS). Semua kumpulan mempunyai jalan cerita yang menarik, apetah lagi kumpulan The One's memang mereka boleh digelar pelakaon terbaik. Akhi Ubai yang menarik perwatakannya. Sungguh lucu dan menyeronokkanya. Adakalanya lakonan mereka sedih yang hampir membuat kami semua menitiskan titisan mutiara yang sangat bernilai bagi seorang lelaki. Tapi nasib baiklah , tak keluar. Huhuhuhu.
Lepas tu pula, Tuan Ilham ada buat pertandingan Debat antara kumpulan. Tajuknya, Siapakah yang perlu selamat untuk menaiki bot kecil jika kapal yang besar hampir karam? Antara  candicatenya ilah Tukang Masak, Ahli Keselamatan, Pemandu, dan Bangsawan. Selepas semua sudah mengeluarkan hujah masing-masing, pemenang tidak boleh diungkap. Kerana sebenarnya, kita semua perlu menyelamat diri orang lain dengan semampu yang boleh, tidak hanya mementingkan diri sendiri. Jika ingin menyelamatkan semua sekali, pihak keselamatan perlu memastikan semua penumpang memakai jaket keselamatan, dan Golongan bangsawan pula  cuba memikirkan untuk menlajukan kuasa enjin bot tersebut, dan beberapa pemandu cuba meminta pertolongan dari pihak yang terdekat dengan secepat yang mungkin atas bot yang enginnya sudah diupgrade. Walaupun , kapal sudah karam, penumpang still boleh terapung dan bertahan sehingga bantuan keselamatan tiba. Wallahulam!!!












3/11/2013
Selepas itu, kami pun berehat dan tidur. Apa yang mengejutkan kami, kami dibangunkan untuk melakukan aktiviti iaitu aktiviti Night Walk. Aktiviti night walk pun memang mencabar, kami terpaksa dikejutkan pukul 2.30 a.m untuk menjalankan aktiviti tersebut, masa masuk dalam hutan tu memang takut, mula-mula berkumpulan, lepas tu terus dipisahkan, mata pula ditutup, makin gelap lah, masa tu yang cuma ingat, Allah sentiasa bersama kami. Lepas tu dikejutkan pula ada budak yang hilang, kami semua panik dan kembali ke hutan untuk mencari budak yang hilang itu, akhirnya Alhamdulillah jumpa juga. Tapi kami didenda dengan membaca mathurat dalam sungai selepas solat subuh, memang menggigil, mula -mula je, lepas tu terus mandi lepas dah habis semua, memang syok. Denda ni disebabkan kami tidak menolong kumpulan lain, sebab tu ada budak yang sesat. Tapi daripada kem ini, ukhwah antara kami dan ikhwah yang lain semakin erat dan kami saling berkongsi pengalaman pahit dan manis bersama-sama. Pengorbanan itulah puncak Muqayyam kami semua. In Sha Allah, program sebegini dapat dianjurkan lagi bagi ikhwah-ikhwah yang lain.




 Program pun tamat dengan jayanya, banyak pengajaran, ikhtibar, nasihat daripada seluruh akitiviti yang dilakukan. Sebelum pulang, kami menikmati hidangan yang disediakan sendiri oleh Cikgu Zul dan Akhi Farouk. Memang sungguh sedap, tambah 3 kali, padahal makan 2 orang je, saya dgn Aiman. Tapi memang inilah Muqayyam yang paling best saya pernah pergi dan paling membuka fikiran saya untuk sama-sama berjuang bersama PEMBINA da ISMA untuk merealisasikan islam sentiasa berada di puncak. In sha Allah.
Banyak lagi aktiviti yang berjalan tapi, saya kesuntukan masa untuk memanjangkan cerita pengalaman ini. Sorry Ok :) .


Marilah Join PEMBINA !!!! Banyak lagi aktiviti yang akan dianjurkan. Sama-sama kita berkorban demi agama islam kita yang tercinta.In Sha Allah, aktiviti ilmiah sebegini mungkin perlu dianjurkan lagi. Sama-sama kita doakan agar kita semua mendapat rahmat Allah s.w.t dan malaikat sentiasa memayungi kita semua. Amin. Semoga dapat mengubah hidup anda semua. 




Satu saja pesanan saya kepada kalian semua : Jagalah diri kalian baik-baik, usahalah kemulian kalian kerana kalian dipandanag manusia bukan kerana rupa tetapi kerana kesempurnaan budi dan adab kalian. Ana sangat beruntung dapat berjumpa dan menjalinkan tali persahabatan dengan kalian semua.


Wallahulam. Thanks semua. Assalamualaikum..........